Telekung Jubah review
Cari telekung jubah dari bulan Julai 2019 sebabnya terjumpa sorang akak ni tengah solat nampak telekung dia pakai macam memudahkan dan mempercepatkan kerja.
Habis je dia solat terus lah tanya dia beli dekat mana sebab dah berkenan sanggat dah ni, memang dah aim nak beli sanggat. Sekali dia cakap beli dekat Singapore dan tak ingat beli dekat mana. Dia suruh cari online sebab dah banyak jual online. Ok lah saya cuba usaha mencari. Cuma material dari telekung jubah akak tu pakai saya memang tak berkenan sebab dah ade dua telekung material yang sama dan telekung tu saya dah tak guna. Lagi satu pattern dia belah kepala tak bertutup, jadi nya bila solat pakai lah tudung sedia ada. Jadi saya tak suka jenis macam tu, macam kurang bersih nak bawak solat pakai tudung yang dah buat jalan-jalan.
Lepas dari tu bermula lah saya mencari dan memilih telekung jubah yang saya inginkan. Bermula mencari di Instagram dan Shopee, rupanya bermacam jenis material ada, bermacam style, bermacam design rupanya. Jadi saya mencari design yang saya berkenan. Saya nak plain ringkas dan memudahkan. Banyak yang saya jumpa mesti ade design zip di depan. Pada saya itu mengganggu solat andai saya gunakan untuk meletak sesuatu. Tapi mungkin berguna untuk orang lain. Banyak dah bertanya komen dan DM dekat seller-seller IG ni tapi tiada satu pun yang respond! yang dekat Shoppe pulak tak jumpa yang berkenan.
Sampailah saya terjumpa satu IG ni. Mulanya kurang yakin, sebab kurang review. Dekat IG dia cuma banyak gambar telekung jubah yang dia jual sahaja. Tapi keinginan tak membataskan saya untuk order dan bayar jadinya saya tawakal....
Mulanya saya beli ni cuma tengok design je, saya tak pasti material dia macam mana, walaupun dia dah bagi semua info telekung jubah yang dia jual cuma saya tak pasti. Yang pasti saya nak dapatkan juga satu telekung jubah ni. Warna pun tak pilih. Apa dia bagi ambil je. Sebab dia ikut pada mana gambar yang saya pernah tanya, jadi dia guna tu untuk place order pada supplier. Seller pun tak double confirm dekat saya nak warna apa. Yang dia tau saya nak plain je.
Dekat situ kita ber hahahaa ber huhuhu.
Kenapa saya boleh berkenan pada design telekung jubah ni :
pertama :
belah tangan dia longgar, tak menampakkan bentuk tangan. Saya pakai tutup habis tak nampak jari
kedua :
ada beg lagi. memudahkan nak usung kemana-mana. comel je nak bawak. buat bantal pun boleh
ketiga :
faktor utama kenapa memang nak sanggat design ni ialah
time nampak je buttons ni terpikir mudah nye nak bergerak
dari rumah ke surau. time terawih pun mudah je kerja.
pulak masa tu memang dah lepas puasa. memang nak sanggat
lah dia ni ha! hahahaha...
OK dah siap bebel so ini IG seller tu ye. Pandai-pandai
deal sendiri, sekian :
UPDATE 23/10/2019
Selepas beberapa kali dah pakai dia ni, dirumuskan :
seandainya belah tangan tu lagi labuh, adalah lebih bagus
belah kaki memang dah cukup labuh, tapi memang akan sentiasa terpijak dek kaki sendiri makanya akan ada sesi kepala tertarik kebelakang, dan masa ini baru terasa lebih elok pakai jenis yang pada mulanya saya tak suka tu, yang tak attach dengan tutup kepala kena pakai tudung asing. Tapi memang tak pernah jumpa lagi jenis ni yang jual dekat Malaysia. Kot kalau ada yang pernah nampak, tolong bagitau saya ye. PLEASE!




Comments
Post a Comment